Friday, October 10, 2014

KEPENTINGAN SUSU KEPADA BAYI.

ASSALAMUALAIKUM....

Bertemu lagi kita malam ni...ha..nak sambung cerita susu ni...

SUSU IBU PILIHAN TERBAIK SIMANJA ANDA...

PENTINGNYA MEMULAKAN PENYUSUAN AWAL....

*Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
*Memastikan bayi mendapat kolostrom yang cukup.

APA ITU KOLOSTROM...

*Susu yang pekat,melekit dan berwarna kekuningan yang dihasilkan  semasa usia kandungan 7 bulan hingga beberapa hari selepas bersalin.*
#Dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit,sesuai dengan saiz perut bayi.
#Mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan dan sistem pertahanan tubuh bayi.
#Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria.
#Melindungi usus bayi dari jangkitan dan sistem penghadaman bayi.
#Membantu mencegah jaundice.

PENTINGNYA IBU DAN BAYI DILETAKKAN BERSAMA 24 JAM SEHARI.

Supaya penyusuan boleh mengikut kehendak bayi dan bekalan susu berterusan.
Ibu boleh memantau bayi sepanjang masa dan memahami rutin harian bayi.
Ibu bertambah yakin untuk menguruskan sendiri bayi dan penyusuan dapat diteruskan.
Bayi kurang menangis dan boleh tidur lena.
Ibu lebih tenang dan dapat mengeratkan hubungan dengan bayi.

BERI SUSU MENGIKUT KEMAHUAN BAYI  BUKAN KEMAHUAN IBU. 

#Bayi akan mendapat kolostrom.
#Bekalan susu akan dihasilkan dengan cepat dan berterusan.
#Berat badan bayi akan meningkat dengan cepat.
#Bayi kurang risiko mengalami jaundice dan kurang menangis.
#Ibu kurang mendapat bengkak payudara .
#Penyusuan susu ibu dapat bertahan lebih lama.

Yang penting sekarang susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi..Sesiapa yang tengah menyusuakan bayi tu...seeloknya teruskanlah sehingga anak anda berusia 2 tahun...Banyak kelebihannya dan menjimatkan wang...

Bagi yang mempunyai masalah kekurangan susu...suplement tambahan boleh membantu dalam penambahan susu dan mendapat badan yang sihat,selain makanan rutin harian kita.


Ini adalah salah satu set vitamin yang boleh membantu dalam menghasilkan susu yang meriah..disamping itu menjadikan badan ibu sihat dan bertenaga dalam memberi susu kepada bayi....
Ibu sihat anak pun sihat...

Untuk mendapatkan set ini,bolehlah pm saya atau hubungi saya sms /wassapp no yang tertera diatas.Boleh juga pergi ke facebook saya...RAHAZURA KHAMIS...

Sekian untuk malam ni perkongsian kita....


Monday, October 6, 2014

PENYUSUAN SUSU IBU...

ASSALAMUALAIKUM..... Bertemu lagi dalam blog aku yang dah lama menyepi.... Selamat datang aku ucapkan untuk diri aku sendiri...berjaya nak kongsi serba sedikit cerita pengalaman ,info dalam blog ni....almaklumlah orang baru... Kali ni aku nak kongsi tentang penyusuan susu ibu... SEMUA IBU DIGALAKKAN MENYUSUI ANAKNYA DENGAN SUSU IBU SAHAJA HINGGA BERUMUR 6 BULAN DAN MENERUSKANNYA SEHINGGA MENCAPAI UMUR 2 TAHUN.MAKANAN PELENGKAP PERLU DIBERI MULAI UMUR 6 BULAN.. Ini adalah polosi penyusuan susu ibu dimalaysia yang warwarkan oleh mana-mana hospital BABY FRIENDLY di malaysia.... Apa faedahnya...banyak yang boleh kita kongsi terutamanya pada ibu-ibu yang memang benar-benar berniat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya pada anak mereka.Susu ibu adalah susu yang terbaik yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada umatnya yang bernama wanita.Tak perlu nak beli,nak bancuh,just bagi je kat anak waktu mana sekalipun yang baby nak....benda free tu jangan sia-siakan.. FAEDAH UNTUK IBU. 1)Membantu pengecutan rahim dan mengelakkan anemia dan tumpah darah. 2)Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari. 3)Membantu menurunkan berat badan semasa pantang dengan gabungan diet,senaman dan pemakanan yang seimbang. 4)Menjarakkan kehamilan jika deberi secara ekslusif.. 5)Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.. 6)Menjimatkan wang... FAEDAH UNTUK BAYI.. 1)Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda. 2)Melindungi bayi dari jangkitan. 3)Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi,contohnya tersedak susu.. 4)Mengurangkan risiko alahan kepada bayi. 5)Mudah dihadam. 6)Sedia diminum dan sentiasa menepati keperluan bayi. Oklah cukup untuk hari ini...nanti kita sambung lagi esok..boleh kita kongsi-kongsi sama -sama pengalaman masing-masing dalam penyusuan susu ibu ni,samada yang bekerja mahupun suri rumah.Boleh kita bertukar-tukar pendapat.. saya mengundur diri dulu...assalamualikum...

Friday, March 4, 2011

MENU HARI INI.....

Menu hari ini ikan sardin masak taucu,hidangn buat keluarga dihujung munggu.
Hari ni aku keje petang ,tinggalah suami ngan anak2 duk rumah sambil melayan tv.

cuti-cuti dirumah

Hari ni cuti ,duduk kat rumah layan anak-anak,dan bersantai dirumah sambil tengok tv....
Tak tau nak pegi mana,lagipun hari ni hari jumaat,kat luar tu panas.....tapi tgkla nanti petang rasa macam nak pegi jenjalan,tapi nak pegi mane ek....
Pusing-pusing kulim kot....Biasanya cuti hari jumaat masa tak panjang,sebab tghari husband nak pegi sembahyang jumaat,so petang la baru bole pegi jenjalan.
Ok,apa-apa pun kita ENJOYYYY........

Thursday, March 3, 2011

Persediaan diri semasa ,mengandung.

Assalamuakaikum...
Sebaik-baiknya sebelum masuk alam perkahwinan,seseorang itu mestilah bersedia dari segi rohani dan jasmani.
Memandangkan zaman sekarang ni ramai yang berkahwin dalam usia muda,tak tekecuali jugak mereka yang kawin lewat.Tak kiralah tua ke muda ke,preparation tu penting,sebab perjalanan selepas berkahwin terlalu panjang dan banyak benda baru yang kita perlu belajar dan tempuhi sendiri.
Tapi mengikut pengalaman saya,kebanyakan mereka tak bersedia menuju kearah itu.....yang penting diaorang berkahwin.....Ada sesetengah tu dah berkahwin pun masih mengharapkan ibu untk menjaga keperluan hidup mereka.Bila sudah berkahwin,segala-galanya haruslah diuruskan sendiri bersama pasangan.Lainlah dalam hal2 tertentu kita kena merujuk dgn keluarga dan kawan2,jangan libatkan masalah kita ibu bapa kita,hal rumahtangga yang baik kita kongsi,yang buruk kita simpan dan cuba selesaikan dgn cara baik.
Satu lagi pabila anda tahu diri anda mengandung,sudah tentu anda ingin berkongsi dengan semua orang ,so...bermula dari anda tahu diri anda mengandung,banyak benda anda kena ubah,bermaksud anda kena menjadi matang.....
Bermula dari bulan pertama hingga bulan kesembilan,seseorang itu mesti berhadapan denga berbagai-bagai cabaran  dan dugaan.Diri sendiri dan juga baby dalam kandungan.Semestinya kita nk kedua2nya sihat,so dari itu kesihatan kita bukan saja dijaga oleh nurse,tapi ibu itu sendiri harus prihatin dengan dirinya.Sepanjang sembilan bulan mengandung,dirinya harus mengetahui keadaan dirinya,samaada mempunyai penyakit atau tidak,segala apa yang tertulis dalam buku kesihtan mengandung perlu diambil kira,jadi apabila orang lain bertanya,kita tahu segalanya,sebab yang mengandung kita bukan orang lain.Tapi kebiasaannya bila tanya jawabnya "tengokla dalam buku merah tu,tak taula dia tulis apa",satu lagi "tak taula misi",yang biasa didengar "tanyala mak saya" macam2 kan.sekarang ni yang mengandung siapa,so yang tau tentang tubuh badan kita,adalah kita bukan orang lain.Dr dan misi tu dah tentulah dia tau,tapi kita sebagai tuan punya diri kenala amik berat sama,letih mengandung 9bulan tu,so apa salahnya kita amek berat diri sendiri.
Okla setakat ini je,kalu ada apa cadangan boleh kita kongsi sama2 atupun ada pengalaman,boleh kita bertukar2 pendapat.

Saturday, February 5, 2011

Hai...bertemu lagi,lama tak update aku punya blog.Minggu ni  sibuk sikit,maklumah aku baru berpindah rumah banyak kerja nak buat.Hari ni baru sempat nak update blog ni....Nampaknya tempat baru yang aku duduk sekarang ni ok je...jiran ramai...ank2ku pun ramai gak kawan,tapi maklumlah tempat baru,aku belum sempat nak berkenalan ngan jiran2 setaman dgnku.tgk cam ok je,,,,bila aku sempat nanti aku pegila menyembang ngan diaorng,sekarang ni pun mengemas tak habis lagi,rumah pun tak siap set up lagi,sebab aku keje shiff.

Haikal Hazami....


Yang ni pulak anak aku yang no 2,namanya Muhd Haikal Hazami,umur 2thn 6bulan.comeelll kan.....nakal boleh tahan jugak,suka nak menyakat kakak dia,tak padan kecikkk....Lahir kat Hosp Pakar Sultanah Fatimah,Muar Johor,pada 04 julai 2008.Nasib baik tak keluar sama tarikh ngan ayah dia 11hb,kalu tak sambut birthday sekali...hi...hi...dah rezeki awal...alhamdulillah...Sekarang ni haikal dihantar ke nurseri....tak hantar pgasuh,rasanya elok je...ramai kawan....ini seba sedikit tentang anak2ku....