Friday, October 10, 2014

KEPENTINGAN SUSU KEPADA BAYI.

ASSALAMUALAIKUM....

Bertemu lagi kita malam ni...ha..nak sambung cerita susu ni...

SUSU IBU PILIHAN TERBAIK SIMANJA ANDA...

PENTINGNYA MEMULAKAN PENYUSUAN AWAL....

*Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
*Memastikan bayi mendapat kolostrom yang cukup.

APA ITU KOLOSTROM...

*Susu yang pekat,melekit dan berwarna kekuningan yang dihasilkan  semasa usia kandungan 7 bulan hingga beberapa hari selepas bersalin.*
#Dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit,sesuai dengan saiz perut bayi.
#Mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan dan sistem pertahanan tubuh bayi.
#Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria.
#Melindungi usus bayi dari jangkitan dan sistem penghadaman bayi.
#Membantu mencegah jaundice.

PENTINGNYA IBU DAN BAYI DILETAKKAN BERSAMA 24 JAM SEHARI.

Supaya penyusuan boleh mengikut kehendak bayi dan bekalan susu berterusan.
Ibu boleh memantau bayi sepanjang masa dan memahami rutin harian bayi.
Ibu bertambah yakin untuk menguruskan sendiri bayi dan penyusuan dapat diteruskan.
Bayi kurang menangis dan boleh tidur lena.
Ibu lebih tenang dan dapat mengeratkan hubungan dengan bayi.

BERI SUSU MENGIKUT KEMAHUAN BAYI  BUKAN KEMAHUAN IBU. 

#Bayi akan mendapat kolostrom.
#Bekalan susu akan dihasilkan dengan cepat dan berterusan.
#Berat badan bayi akan meningkat dengan cepat.
#Bayi kurang risiko mengalami jaundice dan kurang menangis.
#Ibu kurang mendapat bengkak payudara .
#Penyusuan susu ibu dapat bertahan lebih lama.

Yang penting sekarang susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi..Sesiapa yang tengah menyusuakan bayi tu...seeloknya teruskanlah sehingga anak anda berusia 2 tahun...Banyak kelebihannya dan menjimatkan wang...

Bagi yang mempunyai masalah kekurangan susu...suplement tambahan boleh membantu dalam penambahan susu dan mendapat badan yang sihat,selain makanan rutin harian kita.


Ini adalah salah satu set vitamin yang boleh membantu dalam menghasilkan susu yang meriah..disamping itu menjadikan badan ibu sihat dan bertenaga dalam memberi susu kepada bayi....
Ibu sihat anak pun sihat...

Untuk mendapatkan set ini,bolehlah pm saya atau hubungi saya sms /wassapp no yang tertera diatas.Boleh juga pergi ke facebook saya...RAHAZURA KHAMIS...

Sekian untuk malam ni perkongsian kita....


1 comment: