Monday, October 6, 2014

PENYUSUAN SUSU IBU...

ASSALAMUALAIKUM..... Bertemu lagi dalam blog aku yang dah lama menyepi.... Selamat datang aku ucapkan untuk diri aku sendiri...berjaya nak kongsi serba sedikit cerita pengalaman ,info dalam blog ni....almaklumlah orang baru... Kali ni aku nak kongsi tentang penyusuan susu ibu... SEMUA IBU DIGALAKKAN MENYUSUI ANAKNYA DENGAN SUSU IBU SAHAJA HINGGA BERUMUR 6 BULAN DAN MENERUSKANNYA SEHINGGA MENCAPAI UMUR 2 TAHUN.MAKANAN PELENGKAP PERLU DIBERI MULAI UMUR 6 BULAN.. Ini adalah polosi penyusuan susu ibu dimalaysia yang warwarkan oleh mana-mana hospital BABY FRIENDLY di malaysia.... Apa faedahnya...banyak yang boleh kita kongsi terutamanya pada ibu-ibu yang memang benar-benar berniat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya pada anak mereka.Susu ibu adalah susu yang terbaik yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada umatnya yang bernama wanita.Tak perlu nak beli,nak bancuh,just bagi je kat anak waktu mana sekalipun yang baby nak....benda free tu jangan sia-siakan.. FAEDAH UNTUK IBU. 1)Membantu pengecutan rahim dan mengelakkan anemia dan tumpah darah. 2)Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari. 3)Membantu menurunkan berat badan semasa pantang dengan gabungan diet,senaman dan pemakanan yang seimbang. 4)Menjarakkan kehamilan jika deberi secara ekslusif.. 5)Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.. 6)Menjimatkan wang... FAEDAH UNTUK BAYI.. 1)Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda. 2)Melindungi bayi dari jangkitan. 3)Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi,contohnya tersedak susu.. 4)Mengurangkan risiko alahan kepada bayi. 5)Mudah dihadam. 6)Sedia diminum dan sentiasa menepati keperluan bayi. Oklah cukup untuk hari ini...nanti kita sambung lagi esok..boleh kita kongsi-kongsi sama -sama pengalaman masing-masing dalam penyusuan susu ibu ni,samada yang bekerja mahupun suri rumah.Boleh kita bertukar-tukar pendapat.. saya mengundur diri dulu...assalamualikum...

1 comment: