Thursday, March 3, 2011

Persediaan diri semasa ,mengandung.

Assalamuakaikum...
Sebaik-baiknya sebelum masuk alam perkahwinan,seseorang itu mestilah bersedia dari segi rohani dan jasmani.
Memandangkan zaman sekarang ni ramai yang berkahwin dalam usia muda,tak tekecuali jugak mereka yang kawin lewat.Tak kiralah tua ke muda ke,preparation tu penting,sebab perjalanan selepas berkahwin terlalu panjang dan banyak benda baru yang kita perlu belajar dan tempuhi sendiri.
Tapi mengikut pengalaman saya,kebanyakan mereka tak bersedia menuju kearah itu.....yang penting diaorang berkahwin.....Ada sesetengah tu dah berkahwin pun masih mengharapkan ibu untk menjaga keperluan hidup mereka.Bila sudah berkahwin,segala-galanya haruslah diuruskan sendiri bersama pasangan.Lainlah dalam hal2 tertentu kita kena merujuk dgn keluarga dan kawan2,jangan libatkan masalah kita ibu bapa kita,hal rumahtangga yang baik kita kongsi,yang buruk kita simpan dan cuba selesaikan dgn cara baik.
Satu lagi pabila anda tahu diri anda mengandung,sudah tentu anda ingin berkongsi dengan semua orang ,so...bermula dari anda tahu diri anda mengandung,banyak benda anda kena ubah,bermaksud anda kena menjadi matang.....
Bermula dari bulan pertama hingga bulan kesembilan,seseorang itu mesti berhadapan denga berbagai-bagai cabaran  dan dugaan.Diri sendiri dan juga baby dalam kandungan.Semestinya kita nk kedua2nya sihat,so dari itu kesihatan kita bukan saja dijaga oleh nurse,tapi ibu itu sendiri harus prihatin dengan dirinya.Sepanjang sembilan bulan mengandung,dirinya harus mengetahui keadaan dirinya,samaada mempunyai penyakit atau tidak,segala apa yang tertulis dalam buku kesihtan mengandung perlu diambil kira,jadi apabila orang lain bertanya,kita tahu segalanya,sebab yang mengandung kita bukan orang lain.Tapi kebiasaannya bila tanya jawabnya "tengokla dalam buku merah tu,tak taula dia tulis apa",satu lagi "tak taula misi",yang biasa didengar "tanyala mak saya" macam2 kan.sekarang ni yang mengandung siapa,so yang tau tentang tubuh badan kita,adalah kita bukan orang lain.Dr dan misi tu dah tentulah dia tau,tapi kita sebagai tuan punya diri kenala amik berat sama,letih mengandung 9bulan tu,so apa salahnya kita amek berat diri sendiri.
Okla setakat ini je,kalu ada apa cadangan boleh kita kongsi sama2 atupun ada pengalaman,boleh kita bertukar2 pendapat.

No comments:

Post a Comment